Thursday, November 26, 2009
We are back!!!!!!!!!!

hai...kami kembali semula setelah lame menyepi...memasing sibuk dengan hal yang perlu di setelkan..hehe...nampaknye...sume dah besar...hehe...dah tua dah pown...dah jadi uncle n aunty..haha...tua dah korang ek..haha...ermm....baru2 nih kitorang baru je dapat anak buah...hehe...namenyer...mohd rayyan fitri...sedapkan name tuh...hehe...cute...erm...k...nanti kitowg upgrade dari masa ke masa...bye..

Friday, June 08, 2007
TRIP TO PENANG ISLAND

Assalamualaikum...Hai...Pada 2-5 Jun 2007, kami telah pergi ke Penang Island...Kami telah pergi ke tempat yang menarik di sana...Antaranya ialah Bukit Bendera, Rumah P.Ramlee, Padang Kota dan macam-macam lagi...Memang seronok tak terhingga....

 

Baliknya pula, kitorang naik feri untuk keluar dari pulau...memang best...Apatahlagi kitorang satu feri dengan artis terkenal dan juga dikenali ramai iaitu Nash...memang best...Rasa macam tak nak balik pun ada....huahuahua....

 

So, apa lagi...kalau ada masa yang terluang...pergilah penang...memang best....ok...kalau nak tengok gambar, pergilah ke fotopages kami...bye!


Thursday, March 22, 2007
Al-Fatihah

Assalamualaikum dan selamat sejahtera...Pada tanggal 14 Febuari 2007 yang lalu, orang yang kami sayang telah pergi meninggalkan kami buat selama-lamanya....Beliau yang kami maksudkan ialah atok kami...

Pada tanggal 12 Febuari 2007, Allahyarham ingin pergi ke kebun..Akan tetapi hajatnya pada hari tersebut tidak kesampaian kerana telah dilanggar oleh sebuah motorsikal....Allahyarham dikejarkan ke hospital...Setibanya di hospital, Allahyarham jatuh dan tidak sedarkan diri dan doktor mengesahkan bahawa Allahyarham mempunyai pendarahan di dalam kepala...

Selepas 2 hari kemudian, Allahyarham pergi meninggalkan kami yang masih berada di dunia ini...Kenalan Allahyarham ramai yang datang bagi melihat Allahyarham buat kali terkahir...Kami amat sedih atas pemergian Allahyarham....Banyak jasa Allahyarham yang tidak dapat kami balas....

Kenangan terkahir kami dengan Allahyarham ialah pergi bercuti bersama-sama ke Pulau Langkawi & Cameron Highlands....

Semoga Allahyarham ditempatkan dengan orang-orang yang soleh....

Al-Fatihah...................................


Monday, January 01, 2007
Bercuti Di Pulau Langkawi Dan Cameron Highlands

Assalamualaikum dan selamat sejahtera kepada semua..Masih awal lagi untuk kami mengucapkan SELAMAT MENYAMBUT HARI RAYA AIDILADHA kepada semua umat Islam di seluruh pelusuk tanah air. Pada 25 Disember 2006-29 Disember 2006 kami telah pergi bercuti di Pulau Langkawi dan Cameron Highlands...Wow...Memang best...Enjoy giler!!!Sampai terlupa minggu ni dah start sekolah...hehe!gambar belum diupload ke internet lagi...Apabila kami sudah upload nanti, kami akan kemukan di sini laman webnyer...ok...thanks alot...bye!


Welcome 2007!!!

Assalamualaikum dan salam sejahtera....Wow...Nampaknya kita sudah sampai di tahun baru...Semua mesti mempunyai azam yang baru....Umur pun makin meningkat...Hehe!Tahun ini ada dikalangan kitorang yang akan mengambil Peperiksaan PMR dan SPM....Wow...Nampaknya hebat sungguh ya!!!hehe!Diaharap kitorang dapat menjawab soalan dengan tenang dan mendapat keputusan yang cemerlang...SELAMAT TAHUN BARU DIUCAPKAN KEPADA SEMUA!!!


Sunday, December 17, 2006
Bukit Sapu Tangan & Berkelah Di Tepi Tasik

Assalamualaikum dan selamat sejahtera kepada semua...Hari ini kitorang panjat Bukit Sapu Tangan lagi....wow....Memang best giler!Mana taknya....Semua sampai ke puncak walaupun ada yang merangkak, terbaring, dan lainē lagi.Isk....Memang best....Kitorang sempat lagi berjumpa dengan salah seorang daripada cousin kitorang cause dia tengah ada camping....So,dengan muka tebalnya kitorang pergi panggil dia...hehe!Kemudian kitorang makan tengahari di bawah pokok di tepi tasik....erm...Memang best......Selepas makan, semua berposing sakan....hehe!So, if you all nak tgk gambar, just click di SINI.....If ada sebarang pertanyaan, just email ke alamat di bawah...

cs_fc06@yahoo.com.my



Friday, December 15, 2006
::~::~Myspace And Friendster::~::~

Assalamualaikum dan selamat sejahtera kepada semua....Just nak inform yang kitorang sudah ada Myspace dan Friendster...Korang boleh email kepada kitorang if korang ada sebarang pertanyaan....Email untuk pertanyaan,Myspace & Friendster di bawah ini....Ok....Bye!!!

cs_fc06@yahoo.com.my

 


::~::~Jom Heboh::~::~

Assalamualaikum dan selamat sejahtera diucapkan kepada semua....Pada 09-10 Disember 2006 TV3 telah mengadakan Karnival Jom Heboh di Perkarangan Stadium Shah Alam. Di sana, kitorang dapat jumpa ramai artis yang popular esspecially pelakon dari seberang iaitu Bawang Merah Bawang Putih....Wow....Memang best giler!!!!!So, if you all nak tgk gambar kat Jom Heboh...Just klik kat URL di bawah....Ok....Jangan lupa komen sekali yeah....Bye!

http://csfc06.fotopages.com

 


Sunday, December 10, 2006
Bercuti Sempena Cuti Sekolah

Assalamualaikum dan selamat sejahtera kepada semua yang sudi melawat blog CUCU SAHARI FAN CLUB ini. Kami ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada anda kerana sudi melawat blog kami ini. Sempena cuti sekolah pada tahun ini, kami telah mengadakan aktiviti yang menarik. Antaranya ialah mendaki Bukit Sapu Tangan. Pada hujung tahun ini juga kami akan pergi bercuti ke Pulau Langkawi, Kedah & Cameron Highlands, Pahang. Kami akan bercuti selama seminggu iaitu selama 3 hari 2 malam di Pulau Langkawi, Kedah & 3 hari 2 malam juga di Cameron Highlands, Pahang. Semalam, iaitu hari Sabtu bersamaan 09 Disember 2006 kami telah mendaki Bukit Sapu Tangan. Amat gembira apabila kami tiba di puncak. Jika anda ingin melihat gambar, silalah lawat ke laman web di bawah ini :-

http://csfc06.fotopages.com


Wednesday, November 29, 2006
Welcome

Welcome To The Club!!!!

Ini adalah Cucu Sahari Fan Club. Ia ditubuhkan pada bulan Januari 2006. Fan club ini ditubuhkan kerana kami akan mengadakan pelbagai aktiviti pada waktu lapang. Aktiviti yang kami adakan bukan sahaja untuk kami sekeluarga, tetapi orang luar juga boleh ikut serta aktiviti kami. Pada bulan Jun yang lalu, kami baru sahaja mengikuti perlawanan permainan futsal antara kami dengan team Bukit Kapar. malangnya, kami kalah dalam perlawanan tersebut akan tetapi perlawanan kami pada kali kedua menang dengan team Teluk Pulai. Setakat ini sahaja dari kami. Jika ada sebarang pertanyaan, sila hubungi kami di email di bawah:

cs_fc@yahoo.com.my

Sekian....


   

<< January 2012 >>
Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat
01 02 03 04 05 06 07
08 09 10 11 12 13 14
15 16 17 18 19 20 21
22 23 24 25 26 27 28
29 30 31


Myspace CSFC

Friendster CSFC

Myspace Lily

Myspace Bibi

Myspace Hanif

Blog Lily

If you want to be updated on this weblog Enter your email here:



rss feed